Nutritional superstar, enjoyed both raw and cooked. Raw amaranth has a mild, slightly sweet taste but becomes more robust when cooked.
Bayam adalah sayur yang amat berkhasiat, enak dinikmati sama ada mentah atau dimasak. Bayam mentah mempunyai rasa sederhana yang sedikit manis, dan menjadi lebih lazat apabila dimasak.
In Malaysia, bamboo shoots are cooked with coconut milk to mute its edgy tones. One of the fastest growing plants in the world, bamboo is also used for furniture or scaffolding.
Di Malaysia, rebung selalunya dimasak dengan santan. Salah satu rumput yang paling cepat tumbuh di dunia, rebung boleh juga digunakan untuk membina perabot atau perancah.
This tender fruit-pod shaped similar to cucumber is native to Asia. It's famed for its bitter taste hence its exclusion in typical meals. However when fried, it becomes sweet.
Sayuran yang lembut ini dan hampir menyerupai timun, peria berasal dari Asia. Oleh kerana rasa pahitnya, peria jarang digunakan dalam hidangan biasa. Sebaliknya, bila digoreng, menjadi manis!
Native to South America, this root crop was first introduced to Malaysia during the Spanish occupation of the Phillipines in the 19th century.
Ubi keledek berasal dari Amerika Selatan dan diperkenalkan ke Malaysia semasa penjajahan Sepanyol dari Filipina ketika abad ke-19.
Typically consumed raw; or paired up with other raw leafy vegetables and various types of sambal as part of a popular Malay salad (Ulam-ulaman). Also used in traditional medicine for high blood pressure and diabetes.
Biasanya dimakan mentah dengan pelbagai jenis sayuran mentah dan sambal. Juga digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat tekanan darah dan kencing manis.
The longer, variety is most commonly eaten in Malaysia. Their soft, sponge-like flesh tends to absorb the flavours of the dish.
Terung panjang berwarna ungu merupakan jenis yang lazim didapati di Malaysia. Isi terung boleh menyerap pelbagai jenis perisa yang diguna dalam hidangan.
Thought to have been spread by the Arabs as their name 'kacang botol' is derived from Arabic. All parts of the plant are actually edible but the beans are delicious when stir-fried with sambal or eaten raw.
Sayuran ini dikatakan tersebar oleh orang Arab kerana namanya berasal dari Bahasa Arab. Semua bahagian tumbuhan kacang botol sebenarnya boleh dimakan tetapi lazat bila digoreng dengan sambal atau dimakan mentah.
Originally from Ethiopia, this pea pod was brought to Asia through India. Eaten raw or cooked, it is commonly used as a natural thickening agent for stews and soups because of its gummy texture.
Pod kacang ini berasal dari Ethiopia dan tersebar ke Asia melalui India. Biasanya dimakan samada mentah atau dimasak, bendi juga digunakan sebagai ejen pemekat semula jadi dalam sup kerana teksturnya yang bergetah.
Well-known for their sweet, cool, fresh taste, Mint is also used often to enhance the flavour of a dish or as a garnish.
Selalu digunakan untuk rasa dingin, manis dan segar. Di Malaysia, pudina juga digunakan sebagai penambah perisa.
Taro root, is the thick, tuber stalk of the taro plant and is consumed in both sweet and savoury dishes. Due to its high content of oxolates - which can cause kidney stones, it should not be eaten raw.
Taro adalah tangkai ubi pokok keladi dan digunakan dalam hidangan biasa atau dalam kuih. Oleh kerana kandungan 'oxolate' yang tinggi - yang boleh menyebabkan batu karang, ubi keladi tidak boleh dimakan mentah.